Cerita ArtisHiburan

“Saya Sudi Maafkan Dia Dengan Syarat Yang Betul” – Ifa Raziah

Penyanyi dangdut, Ifa Raziah menyatakan dia sedia untuk memaafkan selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah setelah didakwa diaibkan menerusi laman sosial.

Ifa berkata, dia bersedia untuk memaafkan Roslan yang dikenalinya sejak 21 tahun itu sekiranya ia dilakukan dengan syarat yang betul.

“Dia kena datang berjumpa dengan saya, bawa semua saksi dia dan berhadapan serta meminta maaf secara terbuka dengan saya.

“Minta maaf dengan saya, suami saya dan anak saya. Tarik balik kata-kata dia terhadap anak saya. Baru saya akan pertimbangkan untuk memaafkan dia,” tegas penyanyi berkenaan.

Ifa berkata demikian ketika menjadi tetamu akhbar Sinar Harian yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live Sinar Harian sebentar tadi.

Perbalahan antara kedua-dua rakan artis ini mula tercetus sejak sebulan lalu apabila mereka memuat naik kenyataan di laman sosial masing-masing.

Kedua-duanya dikatakan mula bersengketa pada akhir tahun lalu dengan bermula di sebuah ekspo perniagaan yang berlangsung di Singapura.

Kemudian, kemuncak kemarahan penyanyi berkenaan tercetus apabila Roslan didakwa membuat kenyataan yang mahu menyumpah anak lelaki Ifa, Shakir Aqili menjadi pondan.

Menurut Ifa lagi, sekiranya Roslan Shah datang dengan cara yang baik, dia akan menyambutnya juga dengan cara yang baik.

“Kalau dia sudah datang meminta maaf, baru saya akan pertimbangkan untuk memaafkan. Insyaallah, hati saya akan dibukakan oleh Allah.

“Bagaimanapun, saya tak akan lupakan perbuatan yang dilakukannya ini sampai mati.” – KopiPlanet.com

 

Kredit gambar: Instagram Ifa Raziah & FB Sinar Harian

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button