HiburanSelebriti

Dikaitkan Kifarah Sehingga Isteri Keguguran, Da’i Syed Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Nurul Atiqah

Pendakwah selebriti, Da’i Syed mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu berhubung kenyataan mengenai kifarah sehingga menyebabkan isterinya mengalami keguguran baru-baru ini. 

Da’i Syed berkata, dia telah dimaklumkan mengenai satu hantaran video TikTok terkini daripada Nurul Atiqah yang sekali lagi menggunakan akaun Chem/chempakasuri97 yang mengandungi perkara-perkara tidak benar yang diajukan terhadap dirinya.

“Dia mengaitkan peristiwa keguguran kandungan isteri saya sebagai kifarah yang saya terima disebabkan kes tersebut. Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas. 

“Nurul Atiqah juga dapat dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri. Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan,” jelasnya.

Sebelum ini, Da’i Syed pernah ditudun merogol Nurul Atiqah, namun dia dibebaskan pada April lalu setelah mahkamah memutuskan kes prima facie tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Sehubungan dengan itu, dia telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera.

“Saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya sebelum ini. 

“Laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah dia dan mengaitkan juga isteri serta keluarga.

“Saya memohon agar orang awam yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes yang sebenar, dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar.

“Jangan tidak tersalah langkah sehingga membuat tohmahan yang melampaui batas terhadap diri saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah saya. 

“Saya berharap orang awam akan menerima penjelasan saya berhubung isu ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button