Cerita ArtisHiburan

Aishah Kongsi Pengalaman Dirinya Menjadi Mangsa Santau Menerusi Kiriman Bungkusan

Penyanyi popular, Aishah mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa santau apabila  ada pihak menghantar santau kepadanya melalui bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan kurier. 

Aishah berkata, keadaan dirinya berubah selepas menerima penghantaran tersebut sehingga mengalami rasa sakit yang teruk di bahagian perut.

“Ketika menerimanya saya hampir membuka bungkusan tersebut, tetapi anak saya pesan untuk tunggu dia pulang ke rumah baru buka bungkusan tersebut. 

“Cuma, tak sempat nak tunggu anak saya pulang, saya dah rasa sakit perut. Ia seperti menangkap (memulas) sampai rasa nak guling-guling di lantai. Keadaan itu berlaku sebaik saya bawa bungkusan tersebut masuk dalam kawasan pagar rumah,” katanya.

Menurut Aishah, selain berasa sakit perut, dia  turut mengalami mimpi aneh dan perkara itu tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini.

“Sepanjang hidup saya memang jarang mimpi yang aneh-aneh. Namun, dalam mimpi itu saya ternampak seorang lelaki yang wajahnya sangat familiar.

“Apabila saya pasang ayat ruqyah dan mengaji, rasa sakit-sakit itu hilang sekejap,” kongsinya pada majlis memperkenalkan 10 peserta All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Meneruskan kisahnya, Aishah, 58, berkata, pada awal dia menjangka bungkusan itu adalah kepunyaan anaknya, namun berubah fikiran selepas membaca nama penerima.

Perkara itu terus menimbulkan kehairanan kerana dia tidak pernah membuat sebarang pembelian.

“Benda itu (santau) dihantar melalui kurier. Saya ingatkan bateri motor sebab kotak yang digunakan. 

“Saya pelik selepas tengok tertera nama penerima yang tertera adalah nama saya,” katanya.

Menurut Aishah, keadaan dirinya kembali pulih selepas dia membuang bungkusan berkenaan.

Dia juga mendapatkan rawatan Islam untuk memulihkan dirinya selepas mengalami kejadian misteri itu.

“Saya jadi paranoid apabila bercerita semula kejadian ini. Saya tak sangka, zaman ini ada juga orang hantar sihir melalui kiriman kurier,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button