Cerita ArtisHiburan

Buka Sedikit Tingkap Ketika Lakukan Hubungan Intim, Pekin Ibrahim Dedah Dapat Petua Pelik Untuk Miliki Cahaya Mata

Pelakon popular, Pekin Ibrahim mendedahkan dia mendapat beberapa petua yang agak pelik dalam usahanya bersama isteri, Mona Allen untuk mendapatkan cahata mata sulung.

Pekin berkata, antara petua yang diberikan kepadanya adalah membuka sedikit tingkap ketika melakukan hubungan intim bersama isteri.

“Antara petua yang paling tidak boleh saya lupakan, ada seorang lelaki tua ini menyarankan ketika nak lakukan hubungan intim, buka sedikit tingkap.

“Kemudian saya pun terfikir apa signifikannya untuk melakukannya sampai kena berbuat sedemikian… apapun itu antara petua yang tidak boleh saya lupakan ketika berusaha nak dapatkan anak,” ujarnya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem Gemenceh Boys yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil semalam.

Menurut Pekin lagi, dałam usaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah hampir empat tahun berkahwin, dia dan isteri hampir melakukan rawatan IVF.

“Memang agak tertekan juga apabila sering diajukan soalan tentang cahaya mata. Itu yang buatkan kami hampir nak buat IVF, tetapi dah rezeki apabila Mona mengandung secara normal.

“Apa pun yang penting jangan cepat putus asa. Lagipun ada lagi pasangan suami isteri yang dah kahwin sampai 10 hingga 20 tahun pun masih tak dapat cahaya mata,” jelasnya.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiranezza Allen pada 7 Disember 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button