Cerita ArtisHiburan

Klon ‘P.Ramlee’, Fairuz Misran Disahkan Meninggal Dunia Pada Usia 38 Tahun

Penyanyi yang juga dikenali sebagai klon Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Fairuz Misran disahkan meninggal dunia pada usia 38 tahun di Labuan pada pukul 1.30 petang tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu dikongsi abangnya Ruzaidi Misran dan beberapa penggiat seni lain menerusi media sosial.

“Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah,” katanya.

Dalam laporan itu lagi, Allahyarham yang merupakan Juara Bintang P Ramlee 2012 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Licious Labuan.

Sementara itu, Baby Shima yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu Ikatan asmara dan Bak Zaman turut meluahkan rasa sedihnya.

“Shima sedih kehilangan rakan duet @fairuzmisranofficial yang banyak mengajar shima cara menyampaikan nyanyian dalam lagu2 lama.. dia seorang yang ramah, orang nya baik..

“Kita juga nak duet lagi bila abg dah sampai KL, dan abg nak buatkan lagu utk duet kita nanti.. tapi sekarang abg fairuz pergi buat selamanya…😭😭salam takziah buat keluarga abg fairuz al-fatihah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button