Cerita ArtisHiburan

Achey Dan Isteri Masih Tidak Bersedia Lagi Buat IVF

Pelawak terkenal Achey mendedahkan dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya, 28, masih belum bersedia untuk melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in vitro (IVF) seperti yang disarankan orang ramai terhadap mereka.

Biarpun masih belum dikurniakan cahaya mata ketika usia perkahwinannya kini mencecah tahun kelapan namun Achey dan isteri tetap akan mencuba pelbagai saranan lain terlebih dahulu sebelum mengambil langkah terakhir melakukan rawatan IVF.

“Kami tidak bersedia lagi untuk melakukan kaedah rawatan IVF tapi jika pelbagai usaha tidak berjaya mungkin langkah terakhir kami akan lakukannya juga nanti.

“Sebelum ini saya dan isteri dah pergi buat pemeriksaan di hospital dan Alhamdulillah kami berdua memang tiada masalah. Rezeki masih belum ada lagi,” katanya ketika ditemui pada majils sidang media program Bintang Bersama Bintang 2018 yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Damansara Perdana semalam.

Selama lapan minggu, Achey akan bertarung dengan lima lagi pelawak iaitu Abam, Ajak, Syuk, Issey dan Mark Adam bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 menerusi program baharu terbitan TV3 itu.

Achey dan isteri turut mengakui ramai pihak sering menghantar pesanan di media sosial mereka berkongsi kaedah yang dirasakan berkesan bagi mendapatkan zuriat.

“Saya dan isteri banyak terima ‘Direct Message’ daripada ramai orang dan mana saranan yang baik kami akan cuba ikut.

“Kalau ada mana-mana program berkaitan perkara ini, saya tak keberatan hadir sekiranya ada kelapangan,” katanya yang tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat secara normal seperti mana pasangan-pasangan lain di luar sana.

Nama Achey baru-baru hangat diperkatakan selepas videonya meluahkan perasaan sayunya bila bercerita soal anak dalam sebuah program TV mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Achey yang cukup penyayang dengan kanak-kanak ini sering kali dilihat meluangkan masa bermain bersama anak-anak rakan artis lain contohnya seperti anak Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar yang cukup manja dan mesra dengan dirinya. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Achey

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button