Cerita ArtisHiburan

“Free-Free Orang Cakap Aku Isap Gam…” Tom Kesal Kongsi Kisah Disorok Bunian

Bekas peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom meluahkan rasa kesalnya apabila dikutuk segelintir netizen gara-gara berkongsi cerita dirinya pernah disorok bunian.

Luahan kekesalan tersebut dikongsikan sendiri oleh Tom atau pemilik nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu di akaun Facebook miliknya.

“Menyesal aku up stori lama… abis segala wrtawan… blogger-blogger buat story tajuk… tajuk plak x clear… last-last aku kene kutuk ngan nitizen…

“Masing-masing baca tajuk ingat aku hilang baru-baru ni…pastu aku ferfeeling kene sorok bunian.🤣🤣🤣🤣🤣…free-free orang cakap aku isap gam…hahah..sumpah nyesal up stori..pasni taknak cakap apa-apa dah..majuk,” luahnya.

Baru-baru ini, penyanyi berkenaan berkongsi cerita mengenai dirinya yang dikatakan pernah disorok bunian kepada berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula rata-ratanya menyarankan agar penyanyi berkenaan tidak mengendahkan sebarang komen negatif netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button