AntarabangsaBollywood

Dapat Ugutan Bunuh Samseng, Salman Dikawal Ketat Polis

Bintang Bollywood, Salman Khan kini dalam kawalan rapi perlindungan pihak polis selepas dia dilaporkan menerima ugutan bunuh baru-baru ini.

India Today melaporkan Salman menerima ugutan bunuh daripada ketua kumpulan samseng, Lawrence Bishnoi yang memberi amaran akan membunuh aktor itu di Jodhpur, India.

Lawrence serta-merta telah ditahan pihak polis akibat jenayah ugutan yang dilakukannya itu.

Dalam kenyataannya sebaik dibawa ke mahkamah, Lawrence bertegas akan tetap membunuh Salman.

“Salman Khan akan kami bunuh di Jodhpur dan hanya pada ketika itu dia baru tahu siapa kami! Saya bila-bila masa boleh keluar daripada tahanan polis,” tegas Lawrence.

Lawrence dan kumpulan samsengnya dilaporkan terlibat dalam lebih 20 jenayah termasuk penculikan dan cubaan membunuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Wakil polis Jodhpur, Ashok Rathore berkata pihak mereka akan terus mengetatkan kawalan terhadap Salman untuk memastikan pelakon itu selamat.

“Kami mengambil serius ugutan terbabit dan kami jamin Salman akan mendapat perlindungan ketat daripada kami,” katanya.

Polis kini dilaporkan sedang menyiasat motif di sebalik ugutan Lawrence terhadap Salman. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button