Cerita ArtisHiburan

“Memang Ada Dihidangkan Alkohol…” Syasya Dolla Nafi Dakwaan Dia Ambil Minuman Keras

Salah seorang angora kumpulan Dolla, Syasya menafikan dakwaan yang menuduhnya mengambil minuman keras ketika hadir ke sebuah acara.

Menerusi laporan portal mStar, Syasya atau nama sebenar Noorsyasya Afiqah Sharizal itu menegaskan tuduhan berkenaan adalah fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan imejnya

“Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.

“Jadi kenyataan yang kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sikapnya yang dilihat tidak profesional dalam satu temubual di sebuah stesen televisyen, Syasya menyatakan video yang viral itu lebih kepada salah faham.

“Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berpewatakan seperti biasa. Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham.

“Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih bersikap profesional,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button