HiburanSelebriti

Polis Sudah Mula Jalankan Siasatan Terhadap Ebit Lew Berhubung Laporan Dibuat Seorang Wanita

Pihak polis memaklumkan sudah mula menjalankan siasatan terhadap pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew berhubung dakwaan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telahpun dimulakan, tetapi enggan mendedahkan laporan tersebut dibuat atas kesalahan apa.

Sementara itu, polis juga mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan fitnah melampau yang dibuat terhadap Ebit sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar memaklumkan laporan berkenaan diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi.

Jelas beliau, mangsa mendakwa dirinya difitnah oleh individu yang bernama ‘Mondy’ dalam video berdurasi 27 minit 56 saat yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat lalu.“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

”Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal itu dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terutamanya berkaitan kejadian video yang tular di media sosial.

Tegasnya, pihak polis juga akan mengambil tindakan tegas jika terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button