HiburanSelebriti

Noor Kartini Tegaskan Dia Enggan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak-Anak

Ibu selebriti popular, Datin Noor Kartini enggan mengulas mengenai kisah rumah tangga anaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran.

Noor Kartini berkata, anaknya itu pun sudah berkeluarga dan menyarankan agar bertanya sendiri kepada Nabila sekiranya ada sebarang persoalan.

“Kalau boleh urusan rumah tangga anak-anak saya enggan campur dan saya tak nak tahu. Paling utama saya nak hidup bahagia saja dengan anak dan cucu. Bagi saya mereka semua di mata dan hati saya.

“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung, Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya. Itu cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara Disney X Naelofar Princess, di sebuah pusat beli-belah hari ini.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai hubungan rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran yang dikatakan bermasalah.

Sementara itu, ditanya mengenai salah seorang anaknya iaitu Ameera Khan yang dikatakan terbabit dengan judi lumba kuda, Noor Kartini memaklumkan dia perlu tampil bersuara apabila ia satu dakwaan yang tidak betul.

“Alhamdulillah… tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.

“Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun. Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button