Gaya HidupJom Makan

Fried Chillies Himpunkan 10 ‘Lejen’ Nasi Kandar Popular Menerusi Nasi Kandaq Fest

Untuk memenuhi cita rasa pencinta makanan di Malaysia, FriedChillies telah menganjurkan acara ‘Nasi Kandaq Fest’ khas buat para penggemar juadah istimewa nasi kandar.

Berkolaborasi dengan Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandaq Transporter, sebanyak 10 jenama Nasi Kandar yang popular di seluruh tanah air telah memeriahkan festival yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal, hasrat untuk menganjurkan festival ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

“PKP menjadi punca kita mula menjalin kerjasama dengan Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Hunters yang ketika itu mengambil pesanan dan membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Selepas PKP berakhir, kami mula mengadakan perbincangan dengan lebih serius untuk membawa terus vendor-vendor terbaik nasi kandar ke Kuala Lumpur dan himpunkan mereka di Sunway Putra Mall, hari ini,” ujarnya.

Antara ‘lejen’ restoran nasi kandar yang menyertai festival tersebut seperti Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed), Yusuf Restaurant, Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng dan Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro.

Tidak ketinggalan juga Hameediyah Restaurant, Nasi Kandar LC (Line Clear) Kampung Baru, Restoran Kudu bin Abdul, Sithique Nasi Kandar, Sadam Nasi Kandar dan Nasi Kandaq Talam Johor Bahru.

Ujarnya, pihaknya juga sangat hati kerana pihak Sunway Putra Mall mempelawa kami untuk menjalin kerjasama dan merealisasikan acara Nasi Kandaq Fest ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran, Sunway Putra Mall, Tan Ai Vee berkata, untuk memastikan orang ramai lebih selesa, pihak mereka telah mentransformasikan ruang legar di tingkat bawah kepada ‘zon kenduri’.

“Zon kenduri ini lebih selesa dan berada di dalam mall. Orang ramai boleh membeli nasi kandar dan kemudian menikmatinya di zon kenduri kami dengan lebih selesa,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button