HiburanSelebriti

Engku Emran & Noor Nabila Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu… Masing-Masing Gagal Dalam Tiga Kali Perkahwinan

Ikatan perkahwinan yang dibina selama dua tahun akhirnya musnah apabila Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu hari ini.

Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin telah melafazkan talak terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor menerusi perkongsian di Instagram miliknya pula dilihat meluahkan kata-kata sedih selepas sah bercerai.

“Jika tidak ditakdirkan, walau bagaimana kuat berusaha dan lama mencuba, ia tetap tidak menjadi miliki kita.

“Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan serta diberi ketenangan dalam hati,” tulisnya.

Baru-baru ini, kakak kepada Neelofa itu mengesahkan mereka bakal becerai selepas dia dan Emran tidak lagi tinggal serumah sejak awal Januari lalu.

Dengan penceraian tersebut, ia bermakna Engku Emran dan Noor Nabila masing-masing sudah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak tiga kali.

Sebelum ini, Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella, manakala Noor Nabila pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2013 serta Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing telah dikurniakan seorang cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button