Rancangan TVTV

All Stars Gegar Vaganza Singkir Dua Peserta, Suki Low & Cliff Umar Gagal Teruskan Saingan

Saingan All Stars Gegar Vaganza (GV) minggu kedua menyaksikan kejutan apabila menyingkirkan dua orang peserta sekaligus.

Pada saingan yang berlangsung malam tadi, Cliff Umar (juara GV7) dan Suki Low (ke-3 GV8) gagal untuk meneruskan saingan ke minggu berikutnya.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura, Hady Mirza yang mempersembahkan lagu How Am I Supposed To Live Without You muncul juara pada minggu kedua.

Hady mendapat markah sebanyak 79 peratus, manakala tempat kedua pula menjadi milik Jaclyn Victor (75.50 peratus) dan tempat ketiga adalah Azharina (74.50 peratus).

Dengan penyingkiran dua peserta, ia menyaksikan hanya 14 peserta sahaja yang meneruskan saingan untuk minggu ke-3 dengan tema Lagu-Lagu Di Luar Comfort Zone (Minggu Ke-3).

All Stars Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz selaku juri tetap, manakala Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein pula tampil sebagai pengacara. – KopiPlanet.com

Lagu-Lagu Di Luar Comfort Zone (Minggu Ke-3)

  1. Pematah Hati – Datuk Aishah
  2. Yang Sedang-Sedang Saja – Zamani
  3. Temberang – Siti Nordiana
  4. Kasih – Aliff Aziz
  5. Donde – Ayai Illusi
  6. Cinta Tak Karuan – Tomok
  7. Sayang Disayang – Azharina
  8. Bole Chudiyan – Jaclyn Victor
  9. Pantun Janda – Liza Hanim
  10. Santai – Naqiu
  11. Canggung – Nikki Palikat
  12. Kemelut Di Muara Kasih – Noryn Aziz
  13. Lemak Manis – Hady Mirza
  14. Zapin Rindu Rinduan – Ezad Lazim
  15. TERSINGKIR – Suki Low
  16. TERSINGKIR – Cliff Umar
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button