Cerita ArtisHiburan

Meerqeen Cipta Sejarah Tersendiri, Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta YSL

Tidak dinafikan fenomena drama bersiri Melur Untuk Firdaus telah berjaya melonjakkan nama pelakon berbakat besar, Meerqeen dalam industri hiburan di Malaysia.

Tidak hanya menyerlah dalam bidang lakonan, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam kini turut mencuri perhatian jenama antarabangsa antaranya YSL Beauty Malaysia sekaligus dilantik menjadi duta bagi siri Foundation and Fragrance Franchise.

Lebih menarik lagi, baru-baru ini Meerqeen telah diundang bagi menghadiri acara MYSL Eau de Parfum yang berlangsung pada 27 September lalu di Paris.

Malah, Meerqeen juga mencipta sejarah tersendiri menjadi selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta oleh syarikat gergasi berkenaan.

Foto Meerqeen bersama aktor popular Hollywood, Austin Butler yang dikongsi di Instagram turut membuatkan ramai peminat ‘histeria’!

Maka, tak hairanlah kehadiran Meerqeen yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial itu telah membanggakan rakyat Malaysia.

Bukan calang-calang orang yang boleh diundang untuk hadir berada bersama dengan bintang terkenal dunia dalam satu majlis.

Apakah reaksi anda?
+1
6
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button