Cerita ArtisHiburan

“Berdosa Ke Jadi Janda…” – Mamazie Kecam Individu Hina Dirinya & Anak-Anak, Dituduh Lapar Publisiti

Bekas isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman atau dilebih dikenali sebagai @Mamazie68 mengecam seorang individu yang menghina dirinya dan anak-anaknya.

Dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Fauziah turut memaparkan akaun Instagram serta wajah individu berkenaan.

“Masuk IG saya kata saya n anak-anak saya lapar publisiti. Panggil saya musibat n kutuk saya janda. Terima kasih hina kami!

“Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ni!!,” luahnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian itu lagi, Fauziah turut mempersoalkan sama ada individu berkenaan mempunyai kaitan dengan wanita yang menjadi perosak rumah tangganya itu.

“Apa maksud musibat ye?

“Mertua ex suami saya orang Melaka, suadara mara penyondol tu ke?” ujarnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut mengecam tindakan individu berkenaan, malah ada yang menyarankan agar Fauziah mengambil tindakan undang-undang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button