Cerita ArtisHiburan

Sophia Al Barakbah Datang All Stars Gegar Vaganza Hanya Temani Sepupu, Bukan Sebab Tonton Persembahan Aliff Aziz

Pelakon popular, Sophia Albarakbah menegaskan kehadirannya di program All Star Gegar Vaganza (ASGV) Ahad lalu adalah untuk menemani dan memberikan sokongan terhadap sepupunya, Aishah Retno yang membuat persembahan di program GV Live Plus.

Sophia berkata, pada masa sama dia juga ingin menonton persembahan para peserta yang bertanding.

“GV itu pertandingan apa? Pertandingan itu untuk siapa? Ia merupakan pertandingan untuk artis. Ramai artis yang bertanding di situ.

“Lagipun, saya datang ke GV untuk berikan sokongan terbadap sepupu saya, Aisha Retno sebab dia buat persembahan di GV Live Plus,” Katanya.

Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Story.

Sebelum ini, kehadiran pelakon itu di konsert minggu ke-3 ASGV itu mendapat perhatian ramai kerana sebelum ini dia pernah terkait kontroversi ‘cinta lokasi’ bersama salah seorang peserta, Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Sophia turut mendedahkan telah pulang sebaik sahaja Aisha selesai membuat persembahan.

“Saya tonton sehingga Liza Hanim buat persembahan. Kemudian, pada pukul 11 giliran Aisha pula yang buat persembahan.

“Dia tarik saya keluar untuk lihat dia buat persembahan. Selepas itu, kami terus pulang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sophia turut menyifatkan dirinya punyai hak untuk menghadiri mana-mana program dan berharap agar orang ramai tidak membangkitkan semula kisah-kisah lama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button