Cerita ArtisHiburan

“Tindakan Saya Ni Bukanlah Tindakan Yang Baik & Tidak Patut Dicontohi” – Mawar Rashid Tampil Bersuara Isu Tak Lagi Bertudung

Setelah mengambil tindakan berdiam diri, akhirnya pelakon popular Mawar Rashid tampil membuat kenyataan.

Dalam satu perkongsian di Insta Story, dia enggan mengulas panjang mengenai isu yang timbul apabila dia tidak lagi bertudung. 

“Minta maaf saya tak angkat & tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on fon malam ni. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.

“I don’t have much to say about this issue sebab tindakan saya ni bukan lah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon itu mengejutkan ramai pihak apabila dilihat sudah tidak lagi bertudung.

Jelas Mawar, meskipun ia susah berlaku, dia masih berusaha memperbaiki hubungan demgan Allah.

“Biar lah usaha saya ini antara saya dan Allah Swt sahaja. Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. 

“Saya dah buat & saya cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ni. Tp saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istigamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button