Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza Luah Rasa Risau Terkenangkan Keadaan Anak-Anak Angkatnya Di Palestin

Umum sudah mengetahui tentang situasi peperangan membabitkan Palestin dan Israel yang dilihat semakin meruncing dengan jumlah korban dan cedera yang agak tinggi.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa risaunya, terutama sekali keadaan anak-anak angkatnya di Palestin.

“Situasi terkini di sana sangat runcing, masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda namun sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.

“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana, semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Pada masa sama, penyanyi itu juga menyeru kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan dalam usaha untuk membantu mereka yang berhadapan dengan situasi tersebut.

“Ayuh bersama-sama kami di Nurjiwa Foundation (Yayasan Nurjiwa) membantu atas apa jua kemampuan kita buat saudara kita di Palestin.

“Kami di Yayasan Foundation secara konsisten sejak tabung bantuan khas Palestin ini dilancarkan dengan kerjasama Kita Fund pada tahun 2021 telah menyalurkan sumbangan dan bantuan bulanan ke Gaza sehingga berjaya menubuhkan sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah di sana.

“Bersama-samalah menghulurkan sumbangan anda untuk membantu saudara kita di Palestin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button