Cerita ArtisHiburan

Elly Mazlein @ Kak Lina Akhirnya Betul-Betul Undur Diri Daripada All Stars Gegar Vaganza

Pengacara sensasi, Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom akhirnya betul-betul undur diri daripada program All Stars Gegar Vaganza.

Menerusi portal Astro Gempak, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pengunduran berkenaan dibuat atas sebab peribadi.

“Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, Pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kak Lina memohon maaf atas pengundurannya itu serta berterima kasih kepada semua yang menyokongnya.

“Kak Lina mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi. Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. 

“Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. InsyAllah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” kata Kak Lina.

Dengan pengunduran berkenaan, All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button