Cerita ArtisHiburan

Ahli Keluarga Sedang Berantakan… ND Lala Bertindak Mendiamkan Diri, Masih Belum Keluarkan Sebarang Kenyataan

Ketika ini konflik membabitkan penyanyi popular Shila Amzah bersama adik-beradik dan ibunya masih sedang hangat diperkatakan dan menjadi bualan ramai.

Malah, Shila bersama suami serta ibu dan adik-beradiknya saling berbalas-balas membuat kenyataan di media sosial tentang konflik yang berlaku.

Namun begitu, bapa kepada Shila iaitu Datuk ND Lala pula dilihat bertindak mendiamkan diri dan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.

Kali terakhir penyanyi dan usahawan untuk memuatnaik posting gambar di Instagram adalah pada tiga hari lalu, di mana gambar dia bersama pemain bola sepak kebangsaan iaitu Amri Yahya.

Bagaimanapun, segelintir netizen dilihat mengambil peluang pada posting berkenaan dengan mengecam ND Lala yang dikatakan seperti tidak mengendahkan apa yang berlaku terhadap keluarganya.

“Nu g tgk sama family sana nu.. caca merba habis dah.. dah kawin baru tanggung jawab jgn tinggal.. semoga dipermudahkan urusan…

“Tok anak beranak tok tgh gado pasal rumah banglow…atok bagi la duit kt anak2 tu ha berita tok 1 family asyk keluar je kt media..tok sebagai ketua keluarga jalankan tanggungjawab ya..good luck tokk,” ujar segelintir netizen.

Dalam pada itu, ND Lala juga sempat membalas komen-komen yang dilemparkan dengan menyatakan posting tersebut adalah berkenaan bola sepak.

“Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan BOLA SEPAK. 

“Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekal kan ADAB budaya kita,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button