Rancangan TVTV

Berada Di Kedudukan Terbawah… Perjuangan Aishah Di Pentas All Stars Gegar Vaganza Berakhir

Saingan All Stars Gegar Vaganza minggu keempat menyaksikan penyanyi Datuk Aishah tersingkir, sekali gus gagal meneruskan saingan di peringkat seterusnya.

Mempersembahkan lagu Terlanjur Cinta dengan menyanyikan duet bersama Vince AF, ternyata Aishah gagal memikat hati juri dengan sekadar mendapat markah sebanyak 43.75 peratus.

Sementara itu, Noryn Aziz yang berduet bersama Liza Aziz menerusi lagu Im Every Women pula muncul juara dengan meraih markah 85.25 peratus.

Di tempat kedua pula menjadi milik Liza Hanim yang mempersembahkan lagu Madah Berhelah bersama Ziana Zain dan tempat ketiga pula diraih Ayai Illusi.

Dengan penyingkiran Aishah, ia bermakna saingan All Stars Gegar Vaganza akan menyaksikan 13 peserta sahaja yang bersaing pada minggu kelima. – KopiPlanet.com

Tema Minggu Ke-5 (Lagu Misteri)

  1. Asmara – Noryn Aziz (85.25 peratus)
  2. Kembali Terang – Liza Hanim (85.00 paratus)
  3. Pusara Di Lebuhraya – Ayai Illusi (83.25 peratus)
  4. Biarlah Rahsia – Tomok (74.00 peratus)
  5. Depresi – Nikki Palikat (66.75 peratus)
  6. Penghujung Rindu – Aliff Aziz (66.00 peratus)
  7. Hakikat Sebuah Cinta – Naqiu (65.50 peratus)
  8. Pada Syurga Di Wajahmu – Ezad Lazim (63.00 peratus)
  9. Ku Intai Cinta Dalam Rahsia – Azharina (62.50 peratus)
  10. Perpisahan – Jaclyn Victor (62.25 peratus)
  11. Mahakarya Cinta – Zamani (61.50 peratus)
  12. Biru Mata Hitamku – Hady Mirza (60.25 peratus)
  13. Ngajat Tampi – Siti Nordiana (49.75 peratus)
  14. Aishah – TERSINGKIR (43.75 peratus)
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button