Cerita ArtisHiburan

“I Takkan Ampunkan You Menghina Keturunan I, Balalah Kepada Kau Azwan Ali…” – Aishah Luah Rasa Kesal Terhadap Hinaan Diva AA

Penyanyi popular, Datuk Aishah meluahkan rasa kesal terhadap selebriti sensasi Azwan Ali atau Diva AA gara-gara hinaan yang dilemparkan.

Perkara berkenaan telah diluahkan oleh penyanyi yang juga peserta All Stars Gegar Vaganza itu menerusi satu posting di Instagram.

“Allahuakbar, ya Allah ampunkan dosa-dosaku hambaMu yg lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista.

“This time I take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan family. Please delete Azwan Ali. Jangan sampai I have to take you to court,” tegasnya.

Pada masa sama, penyanyi itu juga menyatakan tidak memaafkan Diva AA yang dikatakan menghina keluarganya dan berharap selebriti berkenaan mendapat balasan yang setimpal.

“Kalau you rasa you boleh lepas di mahkamah dunia, I am telling you Insyaallah pembalasan akan sampai. This time you have gone too far.!!!!!!

“I angkat tangan tinggi mohon Allah swt beri pembalasan yang setimpal kepada you. I takkan ampunkan you menghina keturunan I. Bala lah kepada kau Azwan Ali,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button