Cerita ArtisHiburan

Tanda Solidariti Terhadap Palestin, Shaheizy Sam Boikot Syarikat & Entiti Yang Terbabit Dengan Israel

Pelakon popular, Shaheizy Sam menyatakan dirinya sedang dalam usaha memboikot mana-mana syarikat atau sebarang entiti yang terbabit dalam pemberian sumbangan kepada ekonomi dan ketenteraan Israel.

Sam berkata, langkah tersebut dilakukan olehnya sebagai satu usaha solidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza yang diserang dengan tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel.

“Kini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis sama ada secara langsung atau tidak.

“Misalnya, ada syarikat tidak secara terus memberi sumbangan kepada Israel, namun mereka membayar caj tertentu kepada ibu pejabat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu. Kalau diketahui duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli.

“Lagipun saya ada senarai produk yang perlu dielakkan kerana berkaitan dengan kekejaman Israel. Malah, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem La Luna yang diadakan di semalam.

Pada masa sama, pelakon Polis Evo itu juga berharap agar masyarakat dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring selepas berhasil dengan tindakan memboikot.

“Dulu mesti kita akan bangga kalau dapat pakai barangan mewah macam Channel. Cuma apabila saya dengar Channel baru ‘campak’ wang AS$1 juta ke sana, saya jadi sakit hati. Saya pun tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul.

“Lebih baik saya terus sokong barangan buatan Malaysia. Saya juga berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button