Rancangan TVTV

Terlalu Banyak Kesalahan Ketika Persembahan, Aliff Aziz Gagal Lolos Ke Saingan Separuh Akhir All Stars Gegar Vaganza

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz gagal untuk lolos ke saingan separuh akhir All Stars Gegar Vaganza apabila terkandas di minggu ke-10 malam tadi.

Mempersembahkan lagu Cindai & Gambus Jodoh, ternyata Aliff gagal memikat hati ketiga-tiga hati juri sehingga mendapat markah terendah.

Malah, Datuk Ramli MS menerusi komennya mengenai persembahan Aliff menyatakan penyanyi itu melakukan terlalu banyak kesalahan ketika membuat persembahan.

Sementara itu, Naqiu yang menyanyikan lagu Bol Radha Bol & Ala Emak Kahwinkan Aku pula berada di tangga teratas.

Kedudukan ditempat kedua pula menjadi milik Hady Mirza menerusi lagu Orak Arek & Mak Siti, manakala Jaclyn yang mempersembakan lagu Conga & The Ketchup Song berada di tangga ketiga.

*Kedudukan Peserta Di Suku Akhir (Minggu Ke-10)

1. Naqiu

2. Hardy Mirza

3. Jaclyn Victor

4. Siti Nordiana

5. Tomok

6. Nikki Palikat

7. Azharina

8. Liza Hanim

Peserta tersingkir : ALIFF AZIZ

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button