Cerita ArtisHiburan

Meerqeen Nafi Dakwaan Bercium Dengan Mimi Lana, Sudah ‘Man To Man Talk’ Bersama Syafiq Kyle

Pelakon popular Meerqeen menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia bercium dengan Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular baru-baru ini.

Meerqen berkata, dia sesekali tidak akan melakukan perkara sebegitu bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.

“Saya memang tak layan sebarang kontroversi di media sosial membabitkan saya. Lagipun kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.

“Malah, saya sendiri sangat terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung. Bodohlah jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,”katanya.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung petang tadi.

Dalam pada itu, Meerqeen memaklumkan dia sudah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.

“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ‘man to man talk’,” katanya.

Pada masa sama, Meerqeen menyatakan dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri sejak gosip itu timbul.

“Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan diri kita.

“Lagipun kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya. 

Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.

Netizen membuat spekulasi dan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button