Cerita ArtisHiburan

Renaldy Putra Ramadhana Teruja Dapat Berlakon Filem Di Malaysia

Pelakon popular kelahiran Indonesia, Renaldy Putra Ramadhana mengakui berasa amat teruja apabila diberi peluang untuk berlakon dalam filem di Malaysia.

Renaldy yang sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia belasan tahun berkata, dia sendiri tidak menyangka ketika mendapat tawaran penerbit filem Gadis Felai.

“Sudah tentu tawaran ini tidak akan saya tolak sama sekali. Pada saya, ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon di sini.

“Sejujurnya saya tidak mengenali sangat pelakon Malaysia, kecuali beberapa nama seperti Meerqeen yang mana dramanya, Melur Untuk Firdaus popular di Indonesia,” ujarnya.

Dalam filem Gadis Felai yang mengisahkan tentang pelaburan Forex, Renaldy membawakan watak sebegai jejaka dari seberang bernama Eko.

Sementara itu, pelakon itu juga menyatakan dengan berlakon filem Gadis Felai, ia akan jadi batu loncatan untuk dirinya lebih dikenali di Malaysia.

“Saya sedar ramai juga pelakon-pelakon Indonesia yang cukup popular dan terkenal di sini. Jadi, tidak mustahil dengan membintangi filem ini menjadi platform untuk peminat Malaysia mengenali saya.

“Pada masa akan datang, saya juga tidak kisah sekiranya terus mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia, sama ada filem atau sinetron (drama),” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button