Cerita ArtisHiburan

Raja Gelek Malaysia, M Daud Kilau Meninggal Dunia Setelah Keadaan Kesihatan Merudum

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.40 petang tadi di Hospital Teluk Intan, Perak.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri anaknya, Ahmad Zaini M Daud menerusi kiriman pesanan aplikasi WhatsApp kepada media.

Ahmad Zaini memaklumkan kesihatan bapanya merudum sejak dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Sebelum ini, arwah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Malah, penyanyi yang popular menerusi lagu Cek Mek Molek itu juga berada dalam pemantauan rapi doktor serta terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, berdepan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu, arwah juga pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk kembali menghiburkan peminat namun terpaksa melupakan hasratnya berikutan keadaan kesihatannya.

Kali terakhir M Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau beraksi di pentas sekitar tujuh tahun lalu dan selepas itu dia tidak aktif walaupun masih menerima undangan.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button