Gaya HidupJom Makan

DXN Perkenalkan Makanan Sihat Tapi Lazat Dengan Pelbagai Hidangan Menarik

Alasan untuk menolak makanan sihat kerana tidak sedap tidak lagi relevan pada masa kini dengan pelbagai alternatif ditawarkan di pasaran.

Dalam usaha mempromosikan makanan yang sedap tetapi sihat, DXN Holdings Berhad (DXN), syarikat produk makanan kesihatan tambahan memperkenalkan pilihan makanan yang menarik.

Antara menu yang dihidangkan pada sesi prebiu baru-baru ini ialah D’burger atau Burger Cendawan, Spirudle Curry (Mee Kari), Nasi Tomato, roti kering ranggup (Zhi Crostini & Spirulina Crostini), kek (SpiralNana & Nenas Lingzi), jus Kiwi dan kopi Lingzi yang berkhasiat.

Kesemua makanan ini diperkaya dengan bahan premium antaranya ialah cendawan gano, spirulina, reishi gano dan sayuran segar.

Biskut dan kek sebagai contoh, diperkaya dengan bahan seperti spirulina dan ekstrak ganoderma bagi kesihatan tubuh badan.

Begitu juga nasi tomato serta mee yang disediakan dengan kaedah jaminan bersih serta berkhasiat. Bahkan cara penyediaannya juga cukup mudah dan pantas.

Antara produk baharu yang mendapat sambutan ramai adalah D’Burger atau Burger Cendawan. Kebiasaannya burger diklasifikasikan sebagai makanan segera yang kurang sihat.

Namun, berbeza dengan Burger Cendawan keluaran DXN yang dagingnya diperbuat daripada tumbuhan termasuk bijirin dan cendawan.

Oleh itu, mereka yang ingin mencuba Burger Cendawan ini tidak perlu bimbang selain berkhasihat rasanya masih sedap seolah-olah daging sebenar.

Bekas penyampai Manis FM Suraya J yang merupakan penggemar makanan kesihatan berkata, makanan yang dihidangkan sangat sedap serta sama seperti yang selalu dinikmati.

“Mungkin kita takut untuk makan makanan seperti ini kerana bimbang rasa kurang sedap, tetapi makanan ini memang sedap dan sihat.

“Sesuai juga untuk majoriti yang hidup aktif serta sibuk pada masa kini dan golongan yang menjaga kesihatan,” katanya.

Kesemua produk makanan keluaran DXN yang dijual bermula pada harga RM5 sehingga RM10 dihasilkan dengan begitu teliti demi menjaga kualiti dan kesegaran rasa dalam setiap hidangan.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button