Cerita ArtisHiburan

Utamakan Artis Kelahiran Pahang, Jaja Ishak Akui Pilih Bulu Dalam Pemilihan Pelakon

Penerbit popular, Jaja Ishak mengakui dia memang memilih bulu dengan mengutamakan artis kelahiran Pahang dalam pemilihan pelakon untuk syarikat produksi miliknya, Jaja Ishak Channel.

Jaja berkata, sebagai pemilik syarikat produksi dia mampunyai hak untuk memilih siapa sahaja pelakon yang akan bekerja dengannya.

“Secara jujurnya saya memang memilih bulu dan akan mengutamakan pelakon-pelakon kelahiran negeri Pahang terlebih dahulu. Ia bukanlah satu kesalahan kerana ramai pelakon darı negeri tersebut yang berbakat.

“Lagipun itu syarikat produksi milik saya dan semuanya terpulang kepada persetujuan pihak stesen televisyen juga dalam pemilihan pelakon,” ujarnya.

Jaja berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Lepak dan Makan-Makan bersama Indigital Music dan FYP Media yang berlangsung semalam.

Menurut Jaja, kebanyakan produk terbitan syarikatnya menjalani penggambaran di negeri Pahang dan lebih mudah memilih pelakon kelahiran negeri berkenaan, terutama sekali melibatkan kos dan kelancaran kerja.

Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan pelakon kelahiran negeri lain, asalkan memberikan kebaikan serta memudahkan kerja kedua-dua pihak.

“Sebagai anak kelahiran Pahang, ia juga merupakan salah satu cara untuk saya mempromosikan negeri ini.

“Lagipun setiap kali menjalani penggambaran saya turut mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri,” jelasnya.

Yang terbaharu, produksinya bakal menjalankan penggambaran drama bersiri berjudul Panggil Aku Dahlia iaitu percintaan mebabitkan pengusaha ladang teh yang akan dilakukan di Cameron Highland. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button