HiburanSelebriti

Wartawan Hiburan Kritikal Di London, Fiza Kamarudin Meninggal Dunia

Wartawan hiburan yang kritikal di London, Fiza Kamarudin meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia), malam tadi.

Menerusi laporan portal Edisi9, adik arwah iaitu Siti Nor Hazlinda berkata, suami arwah, Mohd Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” katanya.

Ujarnya, pendarahan otak itu berpunca daripada sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan arwah tiba-tiba rebah ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London kelmarin ketika hendak pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Hazlinda memaklumkan percutian ke London adalah hajat terakhir arwah kakaknya itu bagi meraikan kedua-dua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi dia cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti.

“Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button