Cerita ArtisHiburan

Teruk Dikecam Netizen, Adami Hairi Akan Lebih Hati-Hati Posting Gambar Di Media Sosial

Panas bila baru-baru ini nama penyanyi Adami Hairi terkait dengan bualan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen gara-gara gambar postingnya di Instagram.

Pelantun lagu Forte itu dikatakan sengaja mencetus kontroversi apabila membuat naik gambar dia menayangkan tubuh badannya.

Ketika dihubungi, Adami menyatakan ia hanya sekadar posting gambar yang dirasakannya tiada yang menampakkan bentuk tubuh yang agak keterlaluan.

“Gambar itu biasa sahaja, kalau yang melihat tu dari sudut negatif, maka akan jadi negatif la persepsi gambar tersebut.

“Apapun saya akui yang diri ini masih baharu dalam dunia hiburan, jadi segala gerak-geri saya diperhatikan dan saya tidak boleh tersilap langkah,” ujarnya.

Rentetan daripada perkara berkenaan, Adami menyatakan selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk apa sahaja posting di media sosial. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button