Cerita ArtisHiburan

Berita Gembira Buat Ubai Pada Permulaan 2024, Shila Amzah Kini Disahkan Sedang Hamil

Pembukaan tahun 2024 memberikan khabar gembira buat Ubai apabila bakal bergelar seorang bapa setelah isterinya, penyanyi popular Shila Amzah disahkan sedang hamil.

Khabar gembira berkenaan dikongsikan sendiri oleh pasangan tersebut menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Instagram masing-masing.

“Ada sebablah kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

“Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi video yang sama, Ubai juga berkongsi tentang pahit dan manis yang dia dan isteri lalui sepanjang tahun lalu, termasuk kehilangan dua insan tersayang iaitu abana dan ibunya.

“Tahun 2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah,” luahnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan memohon kepada orang ramai agar menghormati dirinya apabila terdapat segelintir yang menegur perubahan berat badannya.

Malah, netizen turut membuat spekulasi yang Shila sedang berbadan dua, tetapi dia tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button