Cerita ArtisHiburan

“Kalau Dia Tak ‘Keluarkan’, Dia Nak Tonjol Kat Mana?” Rosyam Nor Anggap Perlu Ada Rumah Pelacuran Untuk Pendatang Asing

Pelakon dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor memberi pandangan peribadinya apabila menyatakan perlu adanya rumah pelacuran untuk pendatang asing.

Perkara berkenaan dilontarkan oleh pelakon berkenaan menerusi satu sesi podcast yang dimuat naik di akaun TikTok @suhanchannelofficial.

“Pusat pelacuran ni… macam dia perlu. Ok sekarang ni pendatang yang datang ke negara kita ada lebih kurang tiga juta. Yang bekerja kat negara kita. Ini bini semua tinggal.

“Namanya pun lelaki. Kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana. Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu… silap-silap dia rogol anak dara kita. Ia boleh jadi ke tahap tu,” ujarnya.

Menerusi temubual podcast itu lagi, Rosyam menyatakan bahawa dengan adanya rumah pelacuran, warga asing berkenaan boleh melanggan di tempat berkenaan.

“Benda ni kan bermain dengan…. dorang ni pun duduk tiap-tiap malam dia tengok benda yang sama. Tengok porno juga.

“Kalau ada rumah pelacuran tu, mereka boleh bayar kat sana. Itu pandangan peribadi saya… mungkin saya salah. Tapi mungkin saya betul,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button