Cerita ArtisHiburan

“Now Nervous Untuk Jadi Ibu Pulak…” – Uqasha Senrose Umum Kini Hamil Cahaya Mata Sulung

Pelakon popular, Uqasha Senrose kini mengumumkan dirinya sedang hamil cahaya mata sulung.

Perkara berkenaan telah diumumkan sendiri oleh Uqasha menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Syukur Ya Allah , Alhamdulilah rezeki manusia berbeza2 dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha. Nervous dari nak jadi isteri n now nervous untuk jadi ibu pulak ..

“Ramai tanya2 kenapa qasha tk jawab2 sbb dah gugur jadi qasha takut jadi biarlah dari qasha sendiri yang cakap. Doakan yg baik2 utk Qasha and baby,” tulisnya.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu tidak menyembunyikan perasaan sedihnya apabila ada segelintir mempersoalkan  keluarganya yang masih belum dikurniakan zuriat.

“Amin tq so much untuk pada yang doa2 , jujur qasha sedih bila orang ckp kenapa family senrose semua tak ada zuriat la apa la.

“Bila dpt tau ni qasha bahagia sgt sbb aturan Allah tu dia Maha mengetahui . Jodoh ajal maut rezeki semua dari DIA,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button