Cerita ArtisHiburan

Sophia Albarakbah Akui Gementar Bawa Watak Gadis Kena Perkosa

Pelakon popular, Sophia Albaraknah tidak menyembunyikan perasaan gementarnya apabila membawakan watak gadis yang diperkosa dalam filem Jiwa 8 Belas.

Sophia berkata, watak tersebut dibawakannya yang juga merupakan filem terawal yang dilakonkannya ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2018.

“Memang ketika itu saya sangat gementar untuk melakonkan babak kena perkosa. Apatah lagi semasa filem itu dihasilkan, saya masih lagi baharu berlakon dan memang tak tahu macam mana nak lakukannya.

“Apa-apapun kru, pengarah serta rakan-rakan pelakon lain di lokasi penggambaran banyak membantu dan membuat saya berasa selesa untuk melakonannya,” jelasnya.

Dalam filem berkenaan yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Januari, Sophia membawakan watak sebagai Atien.

Selain itu, filem berkenaan turut dibintangi A. Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Sementara itu, ketika ditanya sekiranya diberi peluang lagi untuk membawakan watak sedemikian, Sophia menyatakan dia tidak keberatan untuk melakonkannya lagi.

“Sekiranya masih menerima tawaran sebegitu, saya akan tengok dahulu jalan ceritanya. Jika naskhahnya bagus dan boleh menaikkan nama saya sebagai pelakon, apa salahnya untuk saya cuba.

“Lagipun filem Jiwa 8 Belas adalah lakonan pertama saya dan sangat gembira melihat peningkatan kemahiran lakonan sehingga sehingga sekarang. Namun, saya tidak mahu terlalu selesa dan akan terus memperbaiki diri,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button