Cerita ArtisHiburan

Dituduh Bercuti Dengan Rakan Lelaki Songsang, Khai Bahar Maafkan Penyebar Fitnah

Penyanyi popular, Khai Bahar mengambil keputusan untuk memaafkan penyebar fitnah yang menuduh dirinya bercuti dengan rakan lelaki songsang di Pulau Langkawi sewaktu armah ibunya, Rosnah Muhammad sedang sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Januari lalu.

Mengakui agak kesal dengan tuduhan melampau berkenaan, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan menganggap sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat. Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih. Cuma, apabila ada yang pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang sedemikian, kenapa tak muat naik gambar sekali.

“Ada juga yang cakap itu teguran untuk saya sebab mak tengah sakit, tetapi saya di Pulau Langkawi. Saya sendiri pun tak sangka perkara ini dan begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.

“Jadi dengan perkara ini mungkin saya dapat perbaiki salah silap, walaupun tah tahu apa sebenarnya yang individu berkenaan mahukan,” katanya.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion yang berlangsung.

Mengulas mengenai fitnah berkenaan, Khai menegaskan ia tidak sepatutnya timbul kerana dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya pada ketika itu.

“Saya pergi bercuti dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya juga di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.

“Namun, apabila individu ini cakap perkara tak betul, itu yang menyebabkan saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti. Lebih membuatkan saya hilang sabar kerana ia membabitkan arwah mak saya.

“Saya tak ambil tindakan undang-undang, cukuplah dengan perkara sebegini individu itu buka kesalahan sendiri. Cukuplah saya maafkan dan bersuaru cukup setakat itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakan yang didakwa lelaki songsang.

Individu berkenaan menasihati Khai agar tidak lagi bergaul dengan mereka kerana arwah ibunya mahu penyanyi itu memilih jalan terbaik dalam hidup.

Terdahulu, ibu Khai disahkan meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada jam 10.40 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button