HiburanSelebriti

Pengarah Filem Rain Town, Tunku Mona Riza Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024

Pengarah filem Rain Town, Tunku Mona Riza antara tiga wanita rakyat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024.

Sebelum ini, beliau pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya ‘Redha‘.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.

Selain itu, karya terbaharu beliau iaitu ‘Rain Town‘ adalah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.

Filem berkenaan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 Februari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Senarai berkenaan menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktikan bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.

Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran ‘mother of trees’dan pelakon Indonesia, Christine Hakim.

Selain Tunku Mona, dua lagi wanita Malaysia yang turut tersenarai adalah Pengarah Eksekutif, Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan peguam Ambiga Sreenevasan. – KopiPlanet.com

Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button