Cerita ArtisHiburan

“Tidak Ada Istilah Menceroboh Sebab Awak Sebahagian Dari Hidup Ameena…” – Shakilla Khoriri Tak Halang Fizi Ali Jumpa Anak

Pelakon popular Shakilla Khoriri memaklumkan dia tidak pernah menghalang bekas suaminya, Fizi Ali untuk datang berjumpa dengan anak mereka, Ameena.

Dalam satu posting yang dimuat naik di Instagram, Shakilla menyatakan dia tidak kisah jika bekas suaminya itu ingin datang pada bila-bila masa.

“Daddy Ameena,rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena.

“Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena, so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT ! Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena,” tulisnya.

Menerusi posting berkenaan, pelakon itu juga mahu Fizi supaya berhenti membuat kenyataan yang dirinya tidak membenarkan Ameena berjumpa dengan bapanya.

Jelasnya, dia ingin agar bekas suaminya berlapang dada dengan apa yang terjadi tidak mahu terus menjadi mangsa provokasi di media sosial.

“Cukuplah dengan kenyataan saya tak bagi jumpa anak. Cukuplah dengan provokasi dan media sosial. Cukuplah dengan cerita peribadi. Saya PENAT. Beri saya ruang untuk merangka satu perjalanan yang terbaik untuk anak kesayangan kami. 

“Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi. Tugas saya berat sebagai seorang ibu kandungnya. Satu hari bila cukup ajaran saya pada anak saya, saya sendiri berlapang dada untuk beri pilihan pada dia untuk memilih jalan hidup dia sendiri. Sejahat dan sekeji apa pun saya, saya seorang IBU. Saya melahirkan dan saya membesarkan anak saya.
Saya lebih memahami ragam anak yang kian membesar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button