HiburanSelebriti

Sajat Dedah Dirinya Kini Menghidap Penyakit Kanser, Mohon Maaf Kepada Pengikut

Usahawan selebriti yang kini menetap di Australia, Sajat mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya kini menghidap penyakit kanser.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh usahawan berkenaan menerusi satu sesi secara langsung menerusi akaun TikTok miliknya.

“Sajat sebenarnya sakit kanser. Tunggu mati sahaja. Kalau saya tak sempat minta maaf, saya minta maaflah. Sedih sangat. Kalau saya pernah mengata, maki atau sebagainya, saya minta maaflah. Kalau terhutang, minta maaflah ya.

“Doakanlah Sajat, nanti saya sakit tak buat ‘live’ tiada siapa nak menghiburkan. Doakan Sajat, saya nak sihat. Nak kata saya katalah, tapi doakanlah saya sihat,” katanya dalam nada sebak.

Pada masa sama, Sajat juga berharap agar netizen tidak bersedih dan akan terus menghiburkan pengikutnya biarpun berdepan dengan kesakitan.

“Walaupun sakit kanser, saya tak pernah kacau orang. Saya tak pernah kacau rakan-rakan saya. Kamu tak perlu rasa sedih, cukup-cukuplah.

“Selagi saya boleh berhibur, saya berseronok. Kalau tiba-tiba sudah senyap, maknanya saya sudah tiada,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button