Cerita ArtisHiburan

Disangka Sudah Menetap Di Jakarta, Chew Kin Wah Terlepas Banyak Peluang Berlakon Di Negara Sendiri

Pelakon popular, Chew Kin Wah mendedahkan bahawa dirinya selalu terlepas peluang berlakon di Malaysia gara-gara disangka sudah menetap di Jakarta.

Kin Wah berkata, sehingga kini dia masih lagi menetap di Kuala Lumpur dan hanya akan ke Jakarta sekiranya terlibat dengan penggambaran.

“Setahu saya ada pengarah yang nak ambil saya berlakon, tetapi produksi tidak cuba menghubungi saya kerana mereka sangka saya sudah tinggal di Jakarta.

“Sedangkan saya masih lagi menetap di sini (Kuala Lumpur), malah masih memegang passport Malaysia. Jadi, kalau mahu tawarkan saya berlakon, boleh sahaja cuba hubungi saya,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Rain Town yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, bercerita tentang penglibatannya dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza, pelakon itu memaklumkan dia setuju untuk berlakon kerana ia menggunakan bahasa Kantonis.

Ujarnya, biarpun dia seorang berbangsa Cina, namun dia tidak terlalu fasih berbahasa Mandarin dan merasakan Rain Town adalah sebuah naskhah yang cukup menarik.

“Ketika penggambaran filem Rain Town dilakukan, saya terpaksa berulang-alik ke Jakarta memandangkan turut terlibat dengan penggambaran di sana.

“Namun, pada saya itu bukanlah satu masalah atau cabaran yang besar. Dapat terlibat dalam filem Rain Town ini juga adalah satu kepuasan buat diri saya,” ujarnya.

Dalam filem berkenaan, Kin Wah memegang watak sebagai Mr. Choo, seorang bapa yang terlalu mengawal kehidupan keluarga termasuk kerjaya tiga orang anaknya.

Konflik dalam keluarga Choo berlaku apabila timbul masalah di sebab sikap keras kepala sehingga kemahuannya itu memberi kesan kepada anak-anak.

Selain Chew, filem arahan Tunku Mona Riza ini turut dibintangi oleh Susan Laskester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Februari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button