Cerita ArtisHiburan

Kelly Azman Luah Rasa Bengang Lagu Nyanyian & Ciptaannya, No No No Telah Diciplak Ery Putra

Selebriti sensasi, Kelly Azman meluahkan rasa bengangnya apabila mendakwa lagu nyanyian dan ciptaannya, No No No telah diciplak pelakon Ery Putra.

Kelly berkata, dia mengetahui perkara berkenaan apabila ada seorang rakan yang telah menghantar rakaman lagu berkenaan kepadanya baru-baru ini.

“Apabila mendengar lagu nyanyian pelakon itu, saya sangat terkejut kerana melodinya sama dengan lagu saya. Namun, tajuknya telah ditukar kepada Oh No Sayang.

“Lebih menyakitkan hati lagi apabila Ery menyatakan itu adalah single baharunya. Sedangkan terang-terang melodi lagu itu sama dengan lagu saya,” ujarnya.

Kelly berkata demikian ketika ditemui semasa majlis preview Ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur yang berlangsung pada petang semalam.

Dalam pada itu, Kelly memberitahu dia ada cuba menghubungi pelakon berkenaan untuk mendapatkan penjelasan, namun tidak dijawab.

“Kalau ikutkan saya tidak kisah kalau dia nak buat cover song untuk lagu saya itu. Apa-apapun kita duduk dan berbincang sama-sama.

“Cuma apabila dia katakan bahawa lagu itu adalah single baharunya, sudah tentu saya anggap ia adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button