Cerita ArtisHiburan

“Aku Maafkan Semua Orang Juga…” – Selepas Buat Keputusan Bertudung, Norreen Iman Laksanakan Ibadah Umrah

Umum mengetahui bahawa influencer yang juga pelakon Norreen Iman mengambil keputusan untuk bertudung serta memadamkan gambar-gambar tidak bertudung.

Yang terbaharu, menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Norreen dilihat pergi melaksanakan ibadah umrah bersama Tya Adnan yang isteri pelakon Syukri Yahya.

“Bismillahirahmanirahim. Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku nak minta maaf pada korang. Maafkanlah aku. Silap aku. Andai ada secedes hama amarah dalam hati pasal aku, aku minta maaf. Dan aku maafkan semua orang juga.

“Aku cuba untuk tidak menangis tapi aku tak boleh. Terima kasih Ya Allah. Kau jemput aku datang lepas apa yang aku dah hadap. Lepas aku yang aku dah buat. Allahuakbar,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen,rata-rata rakan artis dan netizen menitipkan doa agar dia dan Tya memperoleh umrah yang mabrur, malah ramai yang memuji wajah pelakon ini kelihatan semakin berseri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button