Cerita ArtisHiburan

Selalu Cetus Kontroversi, Fathia Latiff Akui Sukar Keluarkan Watak Antagonis ‘Aurora’ Dalam Dirinya

Setelah dilihat tampil dengan beberapa kontroversi sehingga mendapat kecaman hebat netizen, pelakon popular Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Fathia menyatakan ia berlaku disebabkan dia masih belum mampu untuk ‘mengeluarkan’ watak Aurora dalam drama Jesnita kerana terlalu menjiwai watak berkenaan.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya di sini bukan untuk mohon maaf, saya disini untuk memberi penjelasan. Sebagai pelakon yang telah berada selama lebih daripada 10 tahun, ia adalah perjalanan yang sukar untuk saya membawakan watak sebagai Aurora dalam drama Jesnita yang baru ditayangkan pada awal tahun lepas.

“Watak Aurora adalah watak seorang puteri yang disumpah dengan kejahatan. Ini adalah watak antagonis saya yang pertama. Watak yang saya lakonkan ini seharusnya ‘dialih keluar’, namun masih ada dalam diri saya kerana mempunyai positiviti dalam watak yang dimainkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, watak Aurora juga adalah merupakan kali pertama dia memainkan peranan antagonis dan mengakui ia turut memberi cabaran buat dirinya.

Malah, dia sendiri turut mengakui bahawa dirinya terlalu mendalami watak berkenaan ketika berlakon sehingga menimbulkan salah tafsir segelintir pihak.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula, segelintir netizen menganggap kenyataan yang dibuat pelakon itu lebih kepada mahu mempertahankan diri semata-mata atas apa yang telah berlaku. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button