Cerita ArtisHiburan

Anak Diejek Bapa Makan Harta Anak Yatim, Ali Puteh Luah Rasa Kecewa Sampai Menangis Di Bucu Katil

Pelawak popular, Ali Puteh meluahkan rasa kecewanya apabila anaknya sendiri turut terpalit dengan kemelut dirinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah Amzah.

Menerusi satu sesi live video di akaun TikTok, Ali menyatakan anaknya sendiri menjadi mangsa ejekan dengan tuduhan bapa makan harta anak yatim.

“Anak saya diejek bapanya makan harta anak yatim. Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim.

“Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri pun masih ada kata saya pakai duit anak yatim,” luahnya kesal.

Dalam pada itu, Ali tetap meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang isteri yang dapat memahami dan sentiasa menenangkan dirinya sewaktu berhadapan saat-saat getir.

Dedahnya lagi, isterinya itu juga yang banyak memainkan peranan, terutama sekali membantu dirinya menjelaskan hutang sama kepada Hidayah.

“Sehinggakan saya menangis di bucu katil dan dia tenangkan saya dengan berkata ‘tak mengapa dia ada’. Kalau tak cukup duit, dia cakap boleh gadai barang kemas.

“Malah, dia juga ajak saya jual keretanya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button