Cerita ArtisHiburan

Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Untuk Lunaskan Hutang Hidayah Lepas Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi

Pelawak popular Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul RM75,000 untuk melunaskan hutang Hidayah yang juga balu kepada arwah Abam.

Dalam perkongsian di akaun TikTok, Ali memaklumkan wang tersebut berjaya dikumpulkan setelah dia menjual kereta, motor, trofi dan barangan peribadi miliknya.

“Alhamdulillah, terimi kasih yang pembeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.

“Moda Allah membalas jasa baik anda semua. SUDAH CUKUP RM75,000!,” tulisnya.

Dalam satu sesi live TikTok sebelum ini, antara trofi yang dijual Ali seperti trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.

Selain itu, barangan lain yang turut dijual adalah motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula rata-rata meluahkan rasa syukur terhadap Ali setelah menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button