HiburanSelebriti

Popular Sebagai TikTokers, Kini Arul Rasheed Cuba Nasib Dalam Bidang Nyanyian Menerusi Single Sulung Jagakan Dia

Nama TikTokers Arul Rasheed bukanlah satu figura yang asing dan dia dikenali di media sosial seperti TikTok, setiap contentnya sentiasa mencecah ratusan ribu hingga jutaan tontonan yang kebanyakan konten nya adalah tentang kehidupan seharian nya dan juga nyanyian beliau sendiri.

Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Jagakan Dia.

Lagu tersebut adalah nukilan Aiman Sidek dan liriknya juga dari Aiman Sidek yang merupakan pelantun Cinta Terakhir, Cinta Sejati, Bunga Dhia dan lain-lain lagi. Jagakan Dia juga diedarkan di bawah syarikat NAR Records sdn bhd.

Menurut Arul, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk keluar dari lingkungan media sosial dengan mencuba sesuatu yang baharu.

“Bukan kerana takut… cuma masanya belum lagi sesuai sebelum ini. Jadi, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk saya cuba keluar dari kepompong kebiasaan dengan menjadi penyanyi.

“Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan Nar Records menjadi pemangkin kepada saya untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik Malaysia,” ujarnya.

Jagakan Dia adalah sebuah lagu yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Ia boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan.

Mengikut interpretasi individu masing-masing, Arul meletakkan harapan agar lagu Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar Malaysia mahupun negara serantau.

“Apa yang saya boleh harapkan sekarang semoga Jagakan Dia dapat membawa diri saya lebih jauh dalam industri muzik tanah air khususnya.

Menariknya, Selepas sehari keluarnya muzik video Jagakan Dia, ia telah mencecah tontonan 100 ribu tonton dan trending di YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button