Cerita ArtisHiburan

Nora Danish Follow Fasha Sandha Di Instagram Jadi Detik Permulaan Hubungan Kembali Jernih

Pelakon popular, Fasha Sandha mendedahkan tindakan Nora Danish mengikuti (follow) akaun Instagram miliknya menjadi detik permulaan hubungan mereka kembali jernih.

Fasha berkata, dia dah Nora mengambil keputusan untuk berbaik berlaku secara natural tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Boleh dikatakan hubungan kami pulih secara natural, tidak dipaksa dan bukan atas nasihat orang lain. Mulanya memang takut juga kalau-kalau Nora masih marah dengan saya lagi atau tidak.

“Apabila saya lihat di Instagram, saya nampak dia follow saya dan ia agak mengejutkan saya. Lama juga terfikir sama ada nak follow semula ketika itu,” ujarnya. 

Fasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang diadakan pada hari ini.

Menurut Fasha, hubungan yang kembali jernih itu juga merupakan satu hikmah, apatah lagi anak Nora adalah abang kepada anak-anaknya.

Pada masa sama, Fasha menyatakan dia tidak mahu mengenang masa lalu dan menyifatkan perkara yang terjadi sebelum ini berlaku kerana sikap tidak matang.

“Apa yang berlaku dulu merupakan zaman di mana kami masing-masing masih mentah. Apapun kami bersyukur kerana pengalaman itu, masing-masing berjumpa dengan lelaki yang tepat. Kalau tidak, kita tak akan bertemu dengan cinta hati masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nora berkata, konflik antara mereka sebelum ini telah memberikan pengajaran dan menjadikan mereka lebih matang sekarang.

Ujar Nora dia melihat kejujuran yang ada pada diri Fasha dan tidak pernah berasa kekok biarpun pernah berselisih faham dengan pelakon itu sebelum ini.

“Sewaktu berjumpa Fasha semula saya tidak pula merasa kekok. Saya nampak kejujurannya, kami tidak fake. Saya merasakan segalanya ada hikmah. Allah sebaik-baik perancang. 

“Saya sayang antara satu sama lain dan mahu lupakan apa yang pernah berlaku dahulu kerana semua dah tak penting lagi. Anak kami merupakan adik beradik… Jejai (bekas suami) pun memang baik dengan kami berdua. Jadi, kami ini dah jadi keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan Nora yang baharu dilantik sebagai duta produk Gattox iaitu makanan tambahan yang memberi kesan dua kali ganda untuk penurunan berat badan.

Fasha yang juga merupakan duta produk Berryfull keluaran Inayah Beauty itu menyifatkan kerjasama ini sebagai satu tanda positif untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button