Cerita ArtisHiburan

Aiman Coco Cuba Nasib Dalam Bidang Nyanyian, Lagu Silam Jadi Single Pertama

Bermula dengan program reality di media sosial ‘SUPERLAKI’, pendatang baru AIMAN COCO telah melangkah kaki beliau setapak lagi ke hadapan di dalam bidang nyanyian iaitu bidang yang di minatinya sejak dari kecil lagi.

Sangat meminati penyanyi dari seeberang iaitu CHARLIE ST12, Aiman Coco cuba mempertaruhkan lagu berentak balada untuk SINGLE PERTAMA nya bertajuk SILAM.

Nama sebenarnya MUHAMMAD NASRUL BIN ALI berasal dari Hulu Langat Selangor telah mula berjinak-jinak dalam industri suara semenjak di bangku sekolah lagi.

Bukan hanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah Aiman sangat berkebolehan dalam bidang QASIDAH dan seringkali mendapat gelaran JUARA dalam mana-mana pertandingan yang di masukinya .

Beliau seorang yang agak pendiam,pemalu dan sangat ringan tulang, tapi seorang yang sangat mesra jika seseoarng telah mula mengenali beliau.

Aiman Coco yang pernah mempunyai SINGLE  RAYA bertajuk “RAYA 4 SUARA” pada tahun ini (2023) bersama tiga orang lagi rakan artis di bawah label muzik yang sama iaitu RR ENTERTAINMENT.

Dengan pembabitannya dalam lagu  telah menyebabkan pihak RR ENTERTAINMENT menawarkan beliau untuk menghasilkan lagu SILAM.

Bila bertanyakan apa perasaannya setelah diberi peluang uttuk mengeluarkan SINGLE lagu SILAM?. “Apa yang saya impikan, Alhamdulillah Allah makbulkan,terima kasih RR ENTERTAINMENT dan SONY MUSIC MALAYSIA kerana memberi peluang dan ruang untuk mengetengahkan bakat saya dalam bidang nyanyian.

“Saya amat menghargainya dan akan cuba yang terbaik selagi boleh”.Kata Aiman yang sudah lama mengimpikan untuk mempunyai lagu sendiri dan saya sangat tidak sangka benda ini berlaku selepas sahaja menghasilkan lagu raya ‘RAYA 4 SUARA”.

Bercerita pula tentang pengalaman menghasilkan single barunya, lagu ini bukanlah pengalaman atau cerita peribadinya.

”Mula-mula saya dengar lagu tu memang saya jatuh cinta sangat jadi saya terus setuju untuk menyanyikan lagu SILAM dan ini lah juga peluang yang saya nanti-nantikan selama ini dan berharap akan dapat menyampaikan yang terbaik untuk pendengar-pendengar di luar sana supaya cerita di sebali lagu ini dapat di rasai oleh pendengar. Harap-harap pendengar dapat la rasa.

“Proses menyiapkaan lagu ini agak mencabar tapi saya rasa tak perlu lah saya menceritaknnya biar abang Herda dan Kak Reen dari RR ENTERTAINMENT sahaja yang tahu apa yang berlaku” ujar Aiman sambil ketawa kecil. “Saya harap sangat pendengar dapatlah terima  lagu SILAM dengan baik dan dan teruskan lah menyokong indsutri seni sampai bila-bila,” ujarnya.

Lagu“SILAM”, di hasilkan oleh RR Entertainment, gubahan daripada HerdaSyira dan penulisnya pula adalah juga dari HerdaSyira akan menemui pendengar pada awal bulan Disembar 2023. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button