Cerita ArtisHiburan

Genap Empat Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Bawa Suaminya Ziarah Kubur Arwah

Genap empat tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020, Bunga Citra Lestari atau BCL membawa suaminya,Tiko Aryawardhana ziarah ke kubur arwah, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh BCL yang menerusi akaun Instagram miliknya, yang mana dia turut ditemani anaknya Noah dan ahli keluarga yang lain.

“Little by little, We let go of loss.. but never of love,” tulisnya ringkas di ruangan caption.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula rata-rata peminat dan netizen memberikan pelbagai kata-kata pada posting berkenaan.

Menariknya, ada yang beranggapan bahawa BCL dan Ashraf adalah sebagai tanda cinta sejati apabila penyanyi dan pelakon itu tidak lupa untuk menziarahi pusara arwah.

Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan berita pemergian Ashraf selepas pelakon tersebut dilaporkan meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button